- Mula-mula Mesir menjadi mangsa "suara rakyat" yang mahukan demokrasi kerana menganggap Hosni Mubarak sudah terlalu lama memerintah dan mempunyai kerajaan yang dilanda dengan gejala rasuah
- Bila Hosni letak jawatan, pemerintahan tentera pula mengambil kuasa. Siapa yang rugi? Rakyat Mesir yang rugi kerana tiada lagi demokrasi dan sekarang ini dilanda perabutan kuasa yang dasyat. Adakah masalah selesai dengan pemberontakan rakyat? Sama sekali tidak!
- Kini, Libya menjadi sasaran. Pelbagai usaha kerajaan barat dilakukan untuk menggulingkan kerajaan Libya ini. Sekatan ekonomi daripada Kesatuan Eropah (EU), desakan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan NATO. Yang hairannya, kenapa badan-badan dunia ni dengan beriaya-iya sangat mahu jahanamkan Liby sedangkan tiada tindakan dilakukan keatas Israel dan Amerika kerana jenayah keatas manusia?
- Kita tahu yang negara Arab ni kaya dengan minyak. Amerika telah pun berjaya menceroboh Afganistan dan Iraq. Entah berapa billion tong minyak yang telah dilarikan oleh Amerika ke negara meraka. Kalau 6 bulan dulu, harga minyak berlegar disekitar USD60-70 setong, hari ni ia telah naik lebih kepada USD100 setong.
- Peningkatan USD30-50 setong ini membawa keuntungan kepada mereka yang mempunyai simpanan minyak yang banyak. Ini tak termasuk minyak-minyak yang dicuri.
- Permainan untuk menghuru-harakan sesebuah negara amat dirancang rapi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti CIA. Apa faedah yang mereka dapat? Sebenarnya banyak faedah...peningkatan jualan senjata, keuntungan jualan minyak, tambahan baget untuk industri senjata dan lain-lain lagi. Kita sedia maklum bahawa matawang USD semakin lemah kerana pemulihan ekonomi mereka yang lembab. Maka untuk menjana ekonomi dan memulihkan kembali kekuatan matawang mereka, sesuatu perlu dirancang tanpa mengira apa akibatnya.
- Dunia barat dengan gopoh mahukan pelbagai tindakan diambil keatas Libya sebab melakukan jenayah keatas rakyatnya. Yang hairannya, kenapa tiada tindakan dari NATO, UN, US dan EU keatas Irael dan sekutu kuatnya Amerika?
- Cuba kita fikirkan ....
Monday, March 7, 2011
Dunia Arab Kecoh Siapa Untung?
Saturday, March 5, 2011
Apa Akan Terjadi Jika Anwar Kembali Ke UMNO?
Petikan artikel dari "Another Brick In The Wall"
Apa Akan Terjadi Jika Anwar Kembali Ke UMNO?

Andaikatanya sebelum pilihanraya umum ini nanti, Dato Seri Anwar Ibrahim kembali masuk ke UMNO, agak-agaknya bagaimana rupa landskap baru politik negara dan kedudukan PM sekarang?
Adakah jentera yang ada sekarang seperti Ezam Mohd Nor, Dato Saifudin Abdullah, Dato Dr Zambery Abdul Kadir, Dato Dr Zahid Hamidi, Dato Shahlan Ismail, Dato Ahmad Maslan, Dato Dr Fuad Zarkashi, Dato Suhaimi Ibrahim, dan lain-lain yang pernah menjadi sebahagian dari rangkaian Anwar akan masih tetap setia kepada Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atau Anwar?
Adakah jentera yang ada sekarang seperti Ezam Mohd Nor, Dato Saifudin Abdullah, Dato Dr Zambery Abdul Kadir, Dato Dr Zahid Hamidi, Dato Shahlan Ismail, Dato Ahmad Maslan, Dato Dr Fuad Zarkashi, Dato Suhaimi Ibrahim, dan lain-lain yang pernah menjadi sebahagian dari rangkaian Anwar akan masih tetap setia kepada Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atau Anwar?
....................................................................................................................................................................
Kemungkinan ia berlaku pernah saya utarakan suatu ketika dulu.... tetapi bukan kerana "apa akan terjadi" jika Anwar masuk kembali UMNO. Pelbagai senario boleh terjadi, pada pendapat saya, ia akan lebih membawa kemudaratan sebab Anwar sudah terkenal dengan sikap kronisme, rasuah dan politik wang. Untuk menerima seseorang seperti Anwar kembali kepada UMNO adalah satu aksi "bunuh diri" untuk UMNO. UMNO punyai ramai lagi pemimpin yang lebih baik dan muda dari Anwar. Anwar sudah tidak relevan didalam UMNO dan tiada kebaikan yang bakal UMNO perolehi dari penglibatan semula Anwar di dalam UMNO.
Permainan politik Anwar sudah lapuk dan untuk menerima Anwar kembali, ia akan cuma mengundang kejatuhan UMNO. Saya juga boleh lihat bahawa mereka yang setia dengan UMNO tidak akan sanggup menerima pengkhianat seperti Anwar kerana mereka yang masih bersama UMNO tanpa mengira situasi keadaan tidak akan mudah menyerahkan segala usaha mereka didalam UMNO untuk ditunggang oleh Anwar.
Anwar hanya tahu mencari "spotlight" dan menimbulkan masalah kepada negara, bangsa dan agama. Rekod lampu Anwar jelas menunjukkan Anwar bukan seorang pemimpin yang mampu mempertahankan ugama, bangsa dan negara.
Anwar hanya tahu mencari "spotlight" dan menimbulkan masalah kepada negara, bangsa dan agama. Rekod lampu Anwar jelas menunjukkan Anwar bukan seorang pemimpin yang mampu mempertahankan ugama, bangsa dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
