Thursday, April 30, 2009

BN Bertanding di DUN Penanti?

Salam semua,

Saya rasa semua mesti terkobar-kobar menanti keputusan samada BN akan bertanding di kerusi DUN Penanti. Pihak PR sentiasa mahu menyucuk agenda yang sedia ada dan BN dapat "bau" taktik PR yang mahu "devide and conquer".

Jadi, adakah BN perlu "kowtow" dengan taktik kotor PR? Saya rasa BN lebih matang dari itu tetapi untuk tidak bertanding di kerusi DUN Penanti juga adalah satu langkah yang kurang bijak buat BN kerana selama ini BN tidak perlu lari dari sebarang pemilihan. Biarpun pemilihan DUN atau MP di kubu kuat PAS, BN masihg meletakkan calon.

Saya mahu melihat BN bertanding di DUN Penanti. Saya tahu bahawa Penanti merupakan kubu kuat PKR tetapi ia juga pernah jadi kubu kuat UMNO. Masa boleh mengubat luka hati pengundi tetapi masa tidak boleh mengubah sifat dan niat jahat pembelot Anwar Ibrahim. Dari dan kerana dia, Melayu berpecah!

Walaupun BN dijangka kalah di DUN Penanti nanti, BN tidak harus gentar dan takut dengan kekalahan kerana biarpun kalah, BN masih ada mendapat undi rakyat. Ini bermakna rakyat tidak menolak BN 100%. Walaupun mereka yang mengundi atau menyokong BN berkurangan, ini tidak akan kekal lama kerana saya yakin rakyat akan kembali menyokong BN / UMNO.

Ramai pengundi Melayu tidak sedar bahawa mereka adalah didalam kerugian kerana termakan dengan hasutan mereka yang cuma "gila" kuasa.

Manakan pengundi bukan Melayu akan pesta bila melihat Melayu tidak bersatu kerana kini mereka pula yang memegang kuasa penentu parti mana layak memerintah. Bila ini berlaku, hak orang Melayu mula diabaikan. Itu pun orang Melayu masih tak sedar diri. Masih mahu menghina BN. Masih mahu meluputkan sejarah dan jasa BN.

Saya akui bahawas BN telah banyak menyimpang tetapi matlamat untuk kemakmuran dan keadilan semua kaum masih menjadi asas BN. Keseimbangan sosio ekonomi diperingkat kaum harus seimbang untuk mendapat kestabilan dan keamana didalam negara. Bila ini berlaku, ekonomi negara akan bertambah baik.

PR telah mendemonstrasikan bahawa taktik "hura-hara" dan permainan isu perkauman meraka mampu menjatuhkan negara tetapi adakah pengundi lihat semua ini? Ternyata sekali tidak, malah pengundi atau rakyat  terus hanyut dengan fitnah dan pembohongan PR. Kenapa? Adakah rakyat sangat marah pada BN hingga sanggup menerima cerita karut PR? Saya rasa itu yang berlaku pada tahun-tahun yang lepas apabila kita mempunyai pemimpin yang lemah dan lembik.

Pemimpin sekarang tidak lepas dengan gossip yang dilempar oleh PR. Pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan Najib tidak sampai ke puncak kuasa kerana ada individu tertentu yang masih mahu menjadi "PM" tetapi berada di parti yang salah. Mungkin individu ini mahu UMNO menjemput ia kembali ke UMNO. Mungkin sebab dan harapan ini ia terus memporak perandakan keadaan rakyat. Melagakan semua kaum supaya "harga" individu ini semakin mahal.

Individu seperti ini harus ditangkap dan dibicarakan sebagai pengkhianat bangsa dan negara. Hukuman gantung sampai mati amat sesuai untuk kesalahan sedemikian.

Berbalik kepada DUN Penanti, BN tidak mempunyai pilihan lain tetapi tetap meneruskan perjuangan dengan bertanding di Penanti kerana, BN harus ingat bahawa di Penanti masih ada pengundi BN dan nasib mereka harus dibela.

Jangan kerana dengan "kegagahan" dan "kemasyuran" PR, BN takut. BN tidak harus takut pada sesiapa kerana tanpa BN maka tiada ahli-ahli yang mewujudkan PR.

No comments:

Post a Comment