Monday, May 25, 2009

Formula Baru Untuk UMNO Mengatasi Dakwaan PAS.

Aku dah naik bosan dengan tomahan penyokong fanatik PAS. Mereka tak habis-habis mengatakan UMNO gagal menjalankan "HUKUM ALLAH".

Apa yang aku faham tentang erti hukum hudud adalah seperti berikut:

"Hukum hudud adalah satu ketetapan hukum yang ditentukan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan al-Hadis Nabi SAW. Setiap orang Islam wajib mengimaninya dan melaksanakannya. Tujuan Allah SWT mensyariatkan hukum tersebut untuk menyelesaikan permasalahan sosial yang dihadapi oleh umat Islam. Pelaksanaannya memerlukan kepada kepakaran ilmu dan mengambil kira masyarakat majmuk. Justeru sama-samalah kita berusaha dan berdoa semoga pelaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan dalam negara kita pada masa akan datang" Reff Link.

Dari kenyataan diatas, adalah wajib sebagai orang Islam kita mengiman dan melaksanakannya tetapi perlaksanaannya dizaman sekarang memerlukan kepakaran ilmu dan "ambil kira" masyarakat majmuk.

Beberapa negara besar seperti Indonesia, Bangladesh dan Pakistan mempunyai perlembagaan sekular dan peruntukan syariah untuk undang-undang keluarga.

Negara Turkey mempunyai perlembagaan yang betul-betul sekular.

Kenapa negara Islam seperti Indonesia yang populasinya majoritinya ialah orang Islam tidak melaksanakan perundangan syariah atau hudud tetapi sebaliknya mengamalkan perlembagaan sekular? Adakah rakyat Indonesia menolak Hukum Allah? Adakah para alim ulamak terkenal Indonesia dari dulu sampai sekarang dikategorikan sebagai mereka yang dilaknat Allah kerana tidak atau gagal melaksanakna hukum Allah?

Saya berpendapat bahawa kenyataan "Pelaksanaannya memerlukan kepada kepakaran ilmu dan mengambil kira masyarakat majmuk" adalah terbaik didalam usaha untuk melaksanakan Hukum Allah.

Pendekatan penyokong PAS yang membabi buta melaungkan UMNO ini parti kafir dengan jelas merujuk kepada pemikiran cetek dan dayus mereka didalam usaha menegegakkan Hukum Allah.

Walau bagaimanapun, saya hormati usaha PAS untuk menjalankan hudud di Kelantan walaupun tak dapat menjalankan sepenuhnya.

Di atas semangat untuk melakukan perubahan, saya mensyorkan UMNO mengambil tindakan drastik berikut demi mendapatkan sokongan rakyat dan mengembalikan perpaduan orang Melayu.  Sekiranya kita mampu melakukan perkara-perkara berikut, saya percaya, PAS tidak mempunyai agenda lagi dan seharusnya bergabung dengan UMNO. Bukankah ini baik?

Berikut ialah beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

  1. Pembentukan satu majlis atau badan untuk mengkaji dan mengadaptasikan prinsip-prinsip teras hukum Allah.
  2. Pestrukturan atau pembuburan undang-undang civil untuk memberi laluan perlaksanaan Hukum Allah. Ini bermakna, semua peguam, hakim dan pihak berkuasa perlu belajar kembali prinsip perundangan Islam.
  3. Perlembagaan negara perlu dirombak untuk memastikan nilai perundangan dan prinsip ugama Islam diterap dan guna pakai.
  4. Rakyat yang bukan beragama Islam perlu menerima pembaharuan ini dan akur dengan perlembagaan dan perundangan yang baru.
  5. Majlis Ulama dan Ugama Islam harus memainkan peranan yang penting bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Bila semua penstrukturan dan pembaharuan ini dilaksanakan, barulah kita boleh dikenali sebagai negara Islam yang tulen.

Persoalannya, adakah mereka yang bukan Islam mampu menerima pembaharuan ini sekiranya kita masih mengamalkan sistem demokrasi?

Saya percaya mereka yang bukan Islam akan memberontak tetapi tidak mengapa kerana majoriti rakyat negara ini ialah orang Islam, maka sekira PAS dan UMNO boleh bergabung dan memastikan Islam mempunyai majoriti semasa pilihanraya, sudah pasti kita melakukan ini semua kerana kuasa terletak pada suara majoriti.

Persoalan yang saya tujukan sekarang:

  1. Adakah PAS sedia berkerjasama dengan UMNO?
  2. Adakah PKR mampu menerima pembaharuan ini?
  3. Adakah DAP akan hilang pengaruh?

Sekiranya PAS dan UMNO boleh memastikan kekuasaan minima 60% didalam parlimen, parti politik lain seperti MCA, MIC, PKR, DAP, Gerakan, PPP dan lain-lain akan menjadi tidak relevan lagi kerana semua orang Melayu / Islam sudah tidak perlukan undi mereka untuk membentuk kerajaan.

Adakah ini semua mampu menjadi kenyataan? Tepuk dada tanya selera.

By Aku Pening.

No comments:

Post a Comment