Wednesday, May 20, 2009

Pengundi Generasi X

Semenjak kebelakangan ini aku sentiasa suka berbincang mengenai politik. Ada satu forum secara online yang paling aku suka layan, www.carigold.com. Dalam forum ini ada pelbagai tajuk yang anda boleh serta. Aku selalu suka berada didalam forum "Politik"

Banyak perkara yang aku pelajari didalam forum ini. Aku dapat lihat bagaimana generasi muda atau aku suka panggil sebagai generasi x (GX) yang lebih aktif didalam perbincangan politik.

Ada yang menyokong BN dan ada yang menentang BN. Tidak banyak yang menyokong BN kerana mungkin merasakan diri mereka bosan dengan tomahan dan penghinaan yang dilemparkan oleh mereka yang membenci BN.

Pelbagai nama dicipta oleh mereka untuk mengutuk BN atau UMNO:

  1. Ameno
  2. Bee Ann
  3. Untuk Manusia No Otak
  4. Amno

Didalam forum ini, serangan yang dilakukan keatas BN adalah macam pekerjaan tetap mereka. Pantang ada tajuk berita sikit, terus GX akan memdebatkan. Kalau tak debat, mereka akan mengutuk dan menghina.

Yang disesalkan ialah aku menganggap forum sebagai satu medium untuk semua pihak berbincang secara fakta dan profesional. Ini jelas tidak berlaku dalam forum.

Aku ada juga cuba membetulkan keadaan dan beberapa kali berjaya membetulkan tomahan atau fitnah yang dilempar ke BN. Tapi aku juga harus akur bahawa aku juga gagal menolak beberapa tomahan dan kritikan keatas BN.

Yang hangat aku lihat diperdebatkan dalam forum ialah mereka yang menyokong PAS. Kerap kali aku lihat mereka menggunakan isu ugama untuk mengutuk BN / UMNO. Serangan keatas perjuagan islam didalam UMNO dilihat sebagai menghina islam sendiri oleh mereka.

Mereka mengatakan UMNO telah gagal menjalankan hukum ALLAH S.W.T. Selama 52 tahun memerintah, UMNO cuma menggalakkan:

  1. Rasuah
  2. Zina
  3. Maksiat
  4. Salah Guna Kuasa
  5. Pembaziran
  6. Murtad

Aku baca dengan sedih setiap tomahan yang dilemparkan. Apa yang gagal penyokong PAS ini melihat adalah sikap "moderate" yang diamalkan oleh UMNO. Sikap ini dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada Islam. Pelbagai isu diputarbelitkan oleh mereka untuk mencemar UMNO.

Ada yang mengelar UMNO ini khafir dan dilaknati ALLAH S.W.T. Tetapi bila diajuk soalan adakah mereka berani menuduh sedemikian, mereka hanya berdiam diri. Satu lagi aku nak tanya, siapakah mereka ini untuk menyoal akidah ahli UMNO?

Jangan kerana nampak ada kelibat ikan dalam air, kita andaikan situ banyak ikan.

Isu ugama banyak dimainkan oleh mereka keran mereka tahu UMNO tidak mampu menolak apa yang betul tetapi mereka lupa melihat diri sendiri didalam cermin.

Politik dan ugama tidak harus dicampur adukkan. Sekiranya mereka berkeras untuk mendebatkan isu ugama didalam politik maka mereka harus bersikap adil dengan berbincang isu ugama dan politik diatas platform yang rata.

Selama 52 tahun UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan negara tetapi penyokong PAS ini buta melihat kemajuan dan kebaikan yang dibawa oleh UMNO. Mereka cuma tahu mengkritik dan mengutuk tetapi gagal memahami kehalusan dan ketelitian yang UMNO cuba bawa didalam isu agaman.

UMNO harus berusaha lebih gigih untuk memastikan segala tomahan ini dibendung. Minda GX telah banyak dicemari oleh unsur-unsur anti kerajaan dan BUN / UMNO cuma duduk berdiam diri. UMNO harus bangkit memperbetulkan isu ini sekiranya mahu memperolehi undi untuk pilihanraya yang akan datang.

Aku akan setuju sekiranya UMNO mengambil langkah "berkempen" secara online. Ahli-ahli UMNO perlu berani dan cerdik IT untuk membenteras gejala negatif yang menular didalam internet. Jika perlu, UMNO atau BN harus mempunyai "team" yang mampu menangkis dan memperbetulkan unsur negatif yang disebarkan oleh GX.

 

By Aku Pening.

No comments:

Post a Comment