Sunday, January 16, 2011

Interlok : Isu Masyarakat

Isu perkauman merupaka perbualan politik yang biasa dan selalu digunakan oleh semua pihak bagi memperolehi sokongan atau menarik perhatian. Baru-baru ini buku yang diterbitkan untuk kegunaan pelajar tingkatan 5 mempelajari sejarah telah dipolitikkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya akan cuba memberi pengulasan yang baik untuk menjernihkan suasana yang keruh akibat pemikiran sempit mereka yang mahu mewujudkan suasana tegang diantara kaum.
 
Apabila isu interlok ini di bangkitkan, cuma ada satu kaum di Malaysia yang terasa terhina akibat penggunaan perkataan "Paria". Kita sedar dan faham bahawa kaum India merupaka kaum yang dikenali menggunakan sistem kasta. Walaupun setelah beratus tahun tinggal di Malaysia, mereka masih mempunyai sentimen yang kuat terhadap sistem kasta. Secara lumrah, kaum India di Malaysia masih mengamalkan sistem kasta, tapi apakah sistem kasta ini?
 
Menurut pengertian kamus dewan atau mahu lebih senang, wikipedia, sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam bahasa Inggeris "untouchables". Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini.
 

Sistem Kasta
Kelas Warna Kulit Pekerjaan
Brahmin Putih Paderi dan Guru
Ksatriya Merah Pendekar dan Pemerintah
Vaisya Cokelat Petani, Pedagang danPelukis
Sudra Hitam Buruh
Pariah Hitam Buruh Kasar

Paria atau Paraiyar ialah satu kumpulan sosial (kasta) di India kuno, yang tarafnya dianggap sama dengan binatang dan tidak diakui keadaannya. Maka tidak harian kenapa orang India akan marah jika kita memanggil mereka paria. Namun pada masa ini hak asasi manusia mereka sudah diakui banyak negara termasuk India, maka daripada itu perbezaan warna kasta sudah beransur-ansur hilang.
 
Di Malaysia, kita tidak mampu mengenali mana satu orang India yang berstatus paria. Ada orang India yang mengaku mereka mampu mengenali kaum paria dengan menilai perwatakan mereka tetapi ini merupakan satu serkap jarang dan bukan boleh dijadikan panduan. Orang India yang telah menetap di Malaysia selama beratus tahun kini telah maju. Pelajaran yang sama rata diberikan kepada mereka supaya mereka dapat mengubah masa depan mereka. Ini tidak berlaku di India yang mana segalanya ditentukan oleh sistem kasta.
 
Tujuan penulis buku Interlok bukan untuk menghina tetapi sekadar memberitahu bahawa kaum India ini mempunyai pelbagai darjat. Adakah kaum India Malaysia kini malu dengan sistem kasta mereka? Adakah mereka boleh dilebel sebagai kaum rasis yang melampau kerana sampai sekarang masih mengamalkan sistem kasta? Ini terpulang kepada kaum India untuk mengubah persepsi masyarakat. Mereka tidak sepatutnya marah dengan perkataan paria mahupun keling kerana ia tidak bertujuan menghina mana-mana kaum.
 
Nampaknya kaum India di Malaysia mahukan "keadilan" dengan memprotes sesuatu perkara yang benar walaupun pedih untuk mereka menerima. Sekiranya saya seorang India, saya tidak akan ambil hati malah bangga kerana sejarah kaum saya diajar sebegitu terperinci, akan tetapi sekiranya saya mahu marah dan berang, kaum India juga harus sedar bahawa perkataan KELING dan PARIA juga ada didalam kamus dewan bahasa dan pustaka serta kamus online wikipedia. Adakah kamus ini juga harus diambil tindakan?
 
P/s
Perkataan keling berasal dari bahasa Sanskrit "Kalingga" yang merujuk kepada sebuah daerah di India Tenggara.[1] Pada masa iniperkataan ini kebiasaannya merujuk kepada suku bangsa Dravida termasuk kaum Tamil, Telugu dan Malayalam. Di kawasan yang dulunya Kalinga, penduduknya pada hari ini bertutur dalam bahasa Bahasa Telugu dan Bahasa Oriya.
 


__________ Information from ESET NOD32 Antivirus, version of virus signature database 5790 (20110115) __________

The message was checked by ESET NOD32 Antivirus.

http://www.eset.com

No comments:

Post a Comment