Wednesday, March 25, 2009

UMNO Dulu Kini Dan Selama-lamanya.

Persidangan perhimpunan UMNO kini sedang dijalankan lagi. Apa yang berubah? Presiden UMNO akan berubah. Dari pemimpin yang tiada tulang belakang dan "vision", kini akan di pimpin oleh seorang yang penuh contraversi. Adakah perubahan pucuk pimpinan ini akan membawa erti bari dalam pergolakkan UMNO?

Bakal Ketua pemuda UMNO juga bakal berubah tetapi adakah calon yang dicalonkan ini juga mampu mengubah sayap UMNO ini kepada sayap yang lebih berwibawa?

Pergerakkan wanita UMNO juga bakal melihat perubahan. "Iron Lady" sekarang ini mempunyai tentangan dari dan perlu mempertahankan kerusinya. Calon kerusi ketua wanita UMNO dari Kuala Lumpur ini secara tak langsung terdesak harus menentang ketuanya kerana kononnya ada sokongan dari akar umbi.

Sayap puteri UMNO tidak beberapa hangat kerana sayap ini baru lagi dan tak banyak yang saya dapat becokkan.

Mengupas pemilihan kerusi-kerusi naib presiden dan majlis tertinggi UMNO sekarang ini, banyak muka-muka yang kredibiliti pemimpinnya yang harus perwakilan pertimbangkan tetapi sekarang ini itu semua tak penting sebab dengan jelas "RM" menguasai perwakilan. Apakah perwakilan atau ahli UMNO sekarang ini dah buta dengan apa yang benar dan apa yang salah? Apakah kuasa RM ini sangat "powerful" sehingga perjuangan asal UMNO harus dilupakan?

Saya tidak nampak bagaimana bakal presiden UMNO baru mampu mengubah persepsi dan pendirian ahli-ahli UMNO yang telah korup dengan pilitik wang dimasa hadapan kerana sekarang ini pun kita boleh melihat bagaimana ada calon yang cuma "diberi amaran" walhal diatas kesalahan yang sama, seorang calon lagi dilarang bertanding. Disini saja telah berlaku salah guna "kuasa" oleh jawatankuasa displin UMNO.

Banyak yang harus dilakukan oleh presiden baru UMNO nanti tetapi sekiranya ia tidak mampu mengubah pendirian ahli-ahli UMNO dimasa depan kelak, apakah akan berlaku? Maruah dan bangsa mampu tergadai.

Saya mahu melihat ketua pemuda UMNO yang bukan saja pandai cakap tetapi ia mesti bersih dan berwawasan. Kalau sekolah tinggi sampai ke luar negara sekali pun tetapi tak punya semangat "Melayu", apa gunanya? Dah banyak cerita kita dengar, betul atau tidak, itu kena "tepuk dada tanya selera". Pergerakan pemuda UMNO perlu dikemaskini supaya dapat melatih bakal pemimpin akan datang.

Pemimpin dan calon UMNO sekarang ini giat melaungkan slogan "Reform UMNO"tetapi yang sedihnya, tiada inisiatif yang diambil untuk menrealisasikan impian ini. Dalang-dalang atau calon yang jelas kita tahu terlibat didalam "money politic" ini masih layak bertanding. Jadi apakah seruan untuk membersihkan imej UMNO ini ikhlas? Jangan sekadar melapaskan batuk ditangga.

Bapa-bapa kemerdekaan dan orang lama UMNO yang banyak berkorban semasa mahu membangunkan UMNO kini mungkin menangis sebab sedih melihat anak melayu atau ahli UMNO yang gilakan kuasa dan wang untuk kepentingan diri sendiri.

Mana semangat juang melayu pada ahli UMNO ini sekarang? Apa jasa atau budi yang telah dibuat oleh para calon yang bakal jadi pemimpin ini? Untuk sekadar buat "My Team" saja belum cukup untuk membela bangsa melayu.

Saya melihat bahawa calon-calon sekarang dicalonkan mengikut berapa RM mereka sanggup beri kepada perwakilan. Terasa jijik bila memikirkan tabiat mereka. Bila ada calon yang membawa isu seperti menseragamkan sekolah kebangsaan, tiada yang sanggup menyokong. Kenapa? Takut bangsa lain buat bising dan komplain? Bila kita cabut keris dan laungkan "hidup melayu", kita dikecam oleh bangsa asing. Terus pohon maaf sebab takut "mengecilkan" hati bangsa lain. Patut ke?

Sayang calon untuk kerusi presiden terhad. Saya harap, Mukhriz mampu menjadi ketua pemuda UMNO. Kalau kuah tak tumpah ke nasi nak tumpah kemana lagi. KJ yang berkelulusan tinggi kena pergi belajar balik apa dia semangat UMNO sebenar. Jangan ingat kerana "cable" yang ada sekarang ini dia mampu buat apa dia suka.

Rafidaj sepatutnya kekal sebagai ketua wanita. Tak patut Shahrizat lawan "bos" nya. Lagipun, Sharizat sendiri tak menang di PRU 12.

Kalau nak cerita, masih banyak saya nak blog tapi cukup sampai sini. Kita lihat keputusan perwakilan yang mabuk dengan RM. Kalau betul mereka menjalankan tanggungjawab mereka, maka kita akan lihat pemimpin yang lebih berkaliber di masa hadapan. Sekiranya tidak, UMNO perlu berubah dari akar dan bukan pucuk.

No comments:

Post a Comment