Tuesday, May 19, 2009

UMNO Di Penanti, Penang.

Berita baik yang diharapkan untuk mengubah persepsi pandangan pengundi di Penanti telah diumumkan semalam. Dengan rasa hairan dan terkejut, saya menerima keputusan UMNO untuk tidak bertanding di Penanti.

Alasan yang diberikan adalah:

  1. Kerusi DUN tidak perlu dikosongkan.
  2. Kekosongan kerusi DUN Penanti tidak menepati keperluan pengundi
  3. Kekosongan kerusi DUN itu adalah kerana permainan politik PR untuk mencemarkan lagi imej BN
  4. Pembaziran wang rakyat
  5. DUN penanti adalah kubu kuat PR.

Walaupun sukar untuk saya menerima keputusan ini, saya perlu akur.

Untuk blog ini, saya akan melontarkan pandangan saya bagi membolehkan pembaca menilai sendiri adakah perlu BN menarik diri dari bertanding.

Bagi saya, BN atau UMNO perlu meneruskan perjuangan tanpa mengira sentiment yang ada dikalangan pengundi. Beberapa faktor yang saya perlu tegaskan kenapa BN perlu bertanding di Penanti seperti berikut:

  1. Sekiranya BN tidak bertanding, maka PR akan menganggap BN sebagai pengecut. Bila ini berlaku, PR akan mempunyai lebih banyak "isu" dan "cerita" untuk diputarbelitkan. Tomahan sebegini harus ditangani kerana lihat saja apa yang berlaku pada pilihanraya yang lepas semasa BN dibawah Flip Flop. Kegagalan menyampaikan fakta yang sebenar kepada rakyat adalah punca utama kegagalan BN.
  2. Samada kerusi itu dikosongkan mengikut cara "semula jadi" atau tidak, BN bertanggungjawab untuk merebut kembali setiap kerusi yang ada.
  3. Pengundi yang telah mengundi BN pada masa yang lepas tentu kecewa dengan keputusan BN. Adakah undi mereka ini tidak penting? Biarpun BN dijangka akan kalah, BN sepatutnya berani menerima kekalahan ini secara "gentleman".
  4. PR atau parti pembangkang sentiasa bertanding di setiap kerusi DUN atau MP, mereka berusaha selama 52 tahun untuk mendapatkan apa yang mereka dapat sekarang. Adakah BN sanggup membiarkan ini berlarutan? Jangan kerana beberapa kegagalan dan isu dalaman, BN sudah putus asa!
  5. Jika PR menggunakan srategi ini sebagai permainan politiknya bagi mencemarkan imej BN, saya tidak rasa BN perlu takut kerana IMEJ BN sudahpun tercemar! Maka ini adalah satu peluang untuk BN memberitahu pengundi bahawa BN tidak akan tunduk pada taktik BN dan BN adalah satu parti yang sedang berusaha membetulkan keadaan.
  6. Inilah masa untuk BN menonjolkan muka baru calon BN yang "cekap bersih dan amanah" sekiranya BN serius untuk memulihkan imej BN.
  7. BN perlu menghidupkan kembali semangat berjuang. Dulu kita berjuang kerana mahukan kebebasan dari British. Sekarang kita perlu berjuang demi memastikan BN masih relevant untuk generasi muda. Ingat 70% pengundi di pilihanraya umum akan datang adalah generasi muda. Sekiranya BN gagal mengubah persepsi mereka keatas BN, maka BN akan cuma tinggal sebagai sejarah.

Saya rasa sangat kesal dengan keputusan BN untuk tidak mengundi. Pelbagai alasan yang saya cuba timbangkan tetapi saya tidak nampak logiknya penarikan BN di pilihanraya DUN Penanti.

Perubahan yang dicari oleh BN seolah-olah tidak wujud kerana pemimpin BN sendiri masih BUTA dengan kemelut dan isu semasa. BUKA mata dan lihat apa yang berlaku disekeliling anda wahai pemimipin BN sekiranya masih sayangkan BN. Jangan dah terhantuk baru nak buka mata, itu dah terlambat.

 

By Aku Pening.

1 comment:

  1. BN dah kemaluan besar dah
    ada dah wakil calun tawar diri
    tapi pucuk pimpinan tak mahu apa nak kata
    PM tak mau lagi nama dia tambah tercalar dengan satu lagi kekalahan..
    Dia lebih rela kekutuk dan digelar macam-macam
    daripada kalah - analoginya : macam seorang pemain sukan yang pura-pura sakit / mencederakan dirinya sebelum permainan bermula supaya ia ada alasan untuk tidak menghadapi lawannya - semua 7 sebab yg ditulis blogger diatas memang tepat.

    ReplyDelete