Saturday, March 5, 2011

Apa Akan Terjadi Jika Anwar Kembali Ke UMNO?

Petikan artikel dari "Another Brick In The Wall"

Apa Akan Terjadi Jika Anwar Kembali Ke UMNO?

Andaikatanya sebelum pilihanraya umum ini nanti, Dato Seri Anwar Ibrahim kembali masuk ke UMNO, agak-agaknya bagaimana rupa landskap baru politik negara dan kedudukan PM sekarang?

Adakah jentera yang ada sekarang seperti Ezam Mohd Nor, Dato Saifudin Abdullah, Dato Dr Zambery Abdul Kadir, Dato Dr Zahid Hamidi, Dato Shahlan Ismail, Dato Ahmad Maslan, Dato Dr Fuad Zarkashi, Dato Suhaimi Ibrahim, dan lain-lain yang pernah menjadi sebahagian dari rangkaian Anwar akan masih tetap setia kepada Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atau Anwar?
....................................................................................................................................................................
Kemungkinan ia berlaku pernah saya utarakan suatu ketika dulu.... tetapi bukan kerana "apa akan terjadi" jika Anwar masuk kembali UMNO. Pelbagai senario boleh terjadi, pada pendapat saya, ia akan lebih membawa kemudaratan sebab Anwar sudah terkenal dengan sikap kronisme, rasuah dan politik wang. Untuk menerima seseorang seperti Anwar kembali kepada UMNO adalah satu aksi "bunuh diri" untuk UMNO. UMNO punyai ramai lagi pemimpin yang lebih baik dan muda dari Anwar. Anwar sudah tidak relevan didalam UMNO dan tiada kebaikan yang bakal UMNO perolehi dari penglibatan semula Anwar di dalam UMNO.

Permainan politik Anwar sudah lapuk dan untuk menerima Anwar kembali, ia akan cuma mengundang kejatuhan UMNO. Saya juga boleh lihat bahawa mereka yang setia dengan UMNO tidak akan sanggup menerima pengkhianat seperti Anwar kerana mereka yang masih bersama UMNO tanpa mengira situasi keadaan tidak akan mudah menyerahkan segala usaha mereka didalam UMNO untuk ditunggang oleh Anwar. 


Anwar hanya tahu mencari "spotlight" dan menimbulkan masalah kepada negara, bangsa dan agama. Rekod lampu Anwar jelas menunjukkan Anwar bukan seorang pemimpin yang mampu mempertahankan ugama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment