Monday, March 7, 2011

Dunia Arab Kecoh Siapa Untung?

  1. Mula-mula Mesir menjadi mangsa "suara rakyat" yang mahukan demokrasi kerana menganggap Hosni Mubarak sudah terlalu lama memerintah dan mempunyai kerajaan yang dilanda dengan gejala rasuah
  2. Bila Hosni letak jawatan, pemerintahan tentera pula mengambil kuasa. Siapa yang rugi? Rakyat Mesir yang rugi kerana tiada lagi demokrasi dan sekarang ini dilanda perabutan kuasa yang dasyat. Adakah masalah selesai dengan pemberontakan rakyat? Sama sekali tidak! 
  3. Kini, Libya menjadi sasaran. Pelbagai usaha kerajaan barat dilakukan untuk menggulingkan kerajaan Libya ini. Sekatan ekonomi daripada Kesatuan Eropah (EU), desakan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan NATO. Yang hairannya, kenapa badan-badan dunia ni dengan beriaya-iya sangat mahu jahanamkan Liby sedangkan tiada tindakan dilakukan keatas Israel dan Amerika kerana jenayah keatas manusia?
  4. Kita tahu yang negara Arab ni kaya dengan minyak. Amerika telah pun berjaya menceroboh Afganistan dan Iraq. Entah berapa billion tong minyak yang telah dilarikan oleh Amerika ke negara meraka. Kalau 6 bulan dulu, harga minyak berlegar disekitar USD60-70 setong, hari ni ia telah naik lebih kepada USD100 setong. 
  5. Peningkatan USD30-50 setong ini membawa keuntungan kepada mereka yang mempunyai simpanan minyak yang banyak. Ini tak termasuk minyak-minyak yang dicuri.
  6. Permainan untuk menghuru-harakan sesebuah negara amat dirancang rapi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti CIA. Apa faedah yang mereka dapat? Sebenarnya banyak faedah...peningkatan jualan senjata, keuntungan jualan minyak, tambahan baget untuk industri senjata dan lain-lain lagi. Kita sedia maklum bahawa matawang USD semakin lemah kerana pemulihan ekonomi mereka yang lembab. Maka untuk menjana ekonomi dan memulihkan kembali kekuatan matawang mereka, sesuatu perlu dirancang tanpa mengira apa akibatnya. 
  7. Dunia barat dengan gopoh mahukan pelbagai tindakan diambil keatas Libya sebab melakukan jenayah keatas rakyatnya. Yang hairannya, kenapa tiada tindakan dari NATO, UN, US dan EU keatas Irael dan sekutu kuatnya Amerika?
  8. Cuba kita fikirkan ....

No comments:

Post a Comment